Kuiz Puzzle Bahasa Inggeris
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan kuiz Puzzle Bahasa Inggeris bersama pelajar tahun 5 dan 6. Ianya telah diadakan pada 14 Disember 2019 bertempat di bilik latihan PI Semuba. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dengan penggunaan komputer. Kuiz ini memerlukan pelajar untuk mencantum puzzle dalam bahasa inggeris dengan menggunakan tetikus dan komputer. Pelajar yang dapat menyiapkan puzzle terpantas, akan diberikan hadiah. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat menarik lebih ramai pelajar berkunjung ke Pusat Internet dan menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: